'Kembalikan Langkawi sebagai pulau bebas cukai' - Sanusi
Iklan
Muhammad Sanusi
ALOR SETAR – Kira-kira 90 peratus daripada lebih 120,000 penduduk di Langkawi bergantung kepada sektor pelancongan sebagai sumber utama pendapatan mereka.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kebergantungan tinggi tersebut jelas terbukti apabila pandemik Covid-19 melanda menyebabkan aktiviti ekonomi di pulau peranginan itu lumpuh hampir sepenuhnya.
Iklan
Iklan
Menurutnya, ketika tempoh sekatan pergerakan, ramai penduduk hilang punca pendapatan kerana tidak mempunyai kemahiran dalam sektor lain.
“Apabila pelancongan terhenti, bot tidak ke laut, aktiviti pelancongan terhenti dan sebahagian penduduk tidak tahu beralih kepada sektor lain seperti pertanian atau perikanan.
Iklan
“Keadaan ini menunjukkan betapa besarnya peranan pelancongan dalam kehidupan masyarakat di Langkawi,” katanya ketika sidang akhbar selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman pada Khamis.
Sanusi berkata, sebelum pandemik, Langkawi merekodkan kehadiran sehingga tiga juta pelancong setahun sekali gus merancakkan ekonomi tempatan dan menyumbang kepada pendapatan negara.
Iklan
Bagaimanapun katanya, pemulihan sektor itu selepas pandemik Covid-19 masih perlahan dan memerlukan rangsangan lebih agresif.
Sehubungan itu, beliau menggesa Kerajaan Persekutuan mengembalikan serta memperkukuh status pulau bebas cukai di Langkawi bagi menarik semula kedatangan pelancong, khususnya dari dalam negara.
Menurutnya, antara langkah yang boleh dipertimbangkan termasuk menambah jenis barangan bebas cukai, memperbanyakkan lesen premis serta membolehkan lebih banyak produk bernilai tinggi ditawarkan kepada pelancong.
“Tarikan utama Langkawi adalah status bebas cukai. Jika barangan yang dibeli tidak boleh dibawa keluar tanpa dikenakan cukai, ia mengurangkan minat pelancong untuk berbelanja di sana.
“Kita perlu kembali kepada konsep asal pulau bebas cukai dan menambah baik pelaksanaannya supaya ekonomi pulau ini kembali rancak,” ujarnya.
Beliau turut menegaskan bahawa perbelanjaan pelancong berpendapatan tinggi mampu memberi kesan limpahan kepada ekonomi tempatan, termasuk kepada peniaga kecil dan pengusaha perkhidmatan.
“Apabila mereka berbelanja, wang itu akan beredar dalam ekonomi dan memberi manfaat kepada ramai pihak,” katanya.
Tambah beliau, sebarang kebimbangan mengenai ketirisan boleh ditangani melalui penguatkuasaan yang lebih berkesan oleh agensi berkaitan tanpa menjejaskan potensi pertumbuhan sektor pelancongan.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mahu Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan untuk mengembalikan keistimewaan asal Pulau Langkawi sebagai pulau bebas cukai bagi merancakkan semula sektor pelancongan dan ekonomi setempat.
Baginda bertitah, meskipun status pulau bebas cukai masih dikekalkan, beberapa keistimewaan yang sebelum ini dinikmati telah dikurangkan termasuk pelaksanaan kadar cukai terhadap kenderaan serta cukai ke atas produk berasaskan tembakau dan barangan tertentu.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.