Kerajaan Terengganu umum moratorium SPMT 12 bulan buat petani, nelayan
Iklan
Azman
​KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu mengumumkan pemberian moratorium penangguhan bayaran balik pinjaman di bawah Skim Pinjaman Modal Tani (SPMT) selama 12 bulan bermula Mei ini.
​Inisiatif tersebut diputuskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Induk SPMT sebagai langkah proaktif membantu warga tani, penternak serta nelayan yang kini terhimpit dengan situasi krisis global.
Iklan
Iklan
​Pengerusi Jawatankuasa Induk SPMT, Datuk Dr Azman Ibrahim berkata, kerajaan negeri amat prihatin dengan cabaran ekonomi yang sedang melanda kumpulan sasar tersebut pada masa kini.
​"Pemberian moratorium ini akan melibatkan tanggungan kewangan sebanyak kira-kira RM2.9 juta di pihak kerajaan negeri.
Iklan
​"Langkah ini diharapkan dapat memberi sedikit ruang dan nafas buat para peminjam dalam menguruskan kewangan mereka ketika mendepani ketidaktentuan ekonomi dunia," katanya dalam kenyataan di sini.
​Beliau yang juga Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri menjelaskan, penangguhan selama setahun itu diberikan secara menyeluruh kepada semua peminjam di bawah skim berkenaan.
Iklan
​Dalam pada itu, Dr Azman memaklumkan  semua peminjam yang terlibat tidak perlu gusar kerana pihak pengurusan akan menguruskan proses dokumentasi tersebut dalam masa terdekat.
​"Semua peminjam akan dihubungi oleh Urusetia SPMT untuk urusan selanjutnya berkaitan proses penangguhan ini," jelasnya lagi.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Pelantikan ADUN wakil parti Gerakan dibuat hari pertama Sidang DUN - Ahmad Samsuri"><meta itemprop="description" content="Proses pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan mewakili kaum Cina daripada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan dilaksanakan pada hari pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 16 November ini.
​Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah itu bagi membolehkan wakil tersebut mengangkat sumpah dan seterusnya mengambil bahagian dalam perbahasan pembentangan belanjawan kerajaan negeri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804122/edisi/terengganu/pelantikan-adun-wakil-parti-gerakan-dibuat-hari-pertama-sidang-dun---ahmad-samsuri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ADUN #Gerakan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-11T08:47:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gqMrA1gz2kLJ7XcK6/x1080"><meta itemprop="duration" content="P70S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvp4cq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvp4cq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvp4cq"></script>