PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Australia Anthony Albanese akan mengadakan perbincangan dengan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) untuk memacu kerjasama dalam bidang tenaga antara Malaysia dan Australia terutamanya dalam gas asli cecair (LNG), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, kedua-dua pihak telah memberikan tanggungjawab kepada Petronas dan pihak berkuasa Australia yang berkaitan untuk meneruskan perbincangan yang lebih terperinci selepas rundingan dua hala sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kerjasama dalam mendepani cabaran tenaga global yang berterusan.