Bawa Najib pulang dahulu - Haniff Khatri
Iklan
Mohamed Haniff Khatri
SHAH ALAM - Peguam Negara tidak mempunyai kuasa untuk menangguhkan pelaksanaan pengampunan bersyarat Datuk Seri Najib Tun Razak yang membolehkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah.
Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, kuasa sedemikian tidak diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan mahupun kedudukan Peguam Negara sebagai anggota Lembaga Pengampunan.