WASHINGTON - Tentera Amerika Syarikat (AS) mengumumkan 'sekatan menyeluruh' ke atas pelabuhan Iran, sekali gus menghentikan sepenuhnya aktiviti perdagangan ekonomi melalui laluan maritim masuk dan keluar dari negara tersebut.
Menerusi catatan di media sosial pada Rabu, Komander Pusat Perintah AS (CENTCOM) yang mengawasi operasi ketenteraan di Asia Barat, Laksamana Brad Copper mendakwa 'kepungan' mereka kononnya telah melumpuhkan Teheran memandangkan 90 peratus ekonomi Iran digerakkan oleh perdagangan antarabangsa melalui jalan laut.