BEIJING - Misteri sakit perut melampau yang dialami seorang lelaki berusia 32 tahun akhirnya terjawab.
Pemeriksaan sinar-X yang dilakukan doktor mendapati ia berpunca daripada termometer yang pernah ditelan secara tidak sengaja hampir dua dekad lalu.
Iklan
Iklan
"Dia tidak memaklumkan kepada keluarganya tentang kejadian itu yang berlaku ketika berumur 12 tahun. Dia tidak mengalami gejala serta-merta dan kejadian itu sememangnya jarang berlaku," menurut laporan South China Morning Post.
Lelaki tersebut telah menjalani prosedur untuk mengeluarkan alat penyukat suhu berkenaan dan dilaporkan semakin pulih.
Insiden serupa melibatkan objek tertelan jarang berlaku, khususnya kes jangka panjang yang berlarutan hingga bertahun-tahun. - Agensi