BUTTERWORTH - Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian tetak sehingga menyebabkan dua lelaki cedera parah dalam kejadian di Teluk Air Tawar pada Ahad lepas yang video insiden itu turut tular di media sosial sejak semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Superintenden C Tharmalingam berkata, lelaki itu ditahan pada 4 petang hari ini di kawasan Penang Sentral di sini.