UMM AL-KHAIR - Tentera Israel melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah kanak-kanak Palestin selepas puak Yahudi melarang mereka ke sekolah.
Rejim Zionis mengesahkan kejadian itu atas alasan untuk menyuraikan 'perhimpunan haram' di Umm al-Khair, sebuah perkampungan kecil di Masafer Yatta, selatan Tebing Barat.