Anak terkejut San Markan Ganapathi maut dalam kebakaran
Iklan
Dr Ananda Raj semasa menunggu proses bedah siasat mendiang bapanya di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang pada Selasa. Foto Bernama
GEORGE TOWN -  Anak tunggal kepada peguam berpengalaman, Dr Ananda Raj San Markan masih terkejut dengan kejadian yang menimpa bapanya, Datuk San Markan Ganapathi yang maut selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah kedai dua tingkat yang dijadikan pejabat guaman di Lebuh King di sini, semalam.
"Beri saya ruang, kami masih bersedih kerana kehilangan ayah dan masih teringat-ingat akan mendiang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang, di sini bagi menunggu proses bedah siasat mayat bapanya yang selesai kira-kira 11.30 pagi Selasa.
Iklan
Iklan
Mayat San Markan dibawa pulang ke rumahnya di Gelugor untuk upacara sembahyang dan penghormatan terakhir bermula jam 4 hingga 6 petang ini sebelum mendiang dikebumikan di tanah perkuburan Hindu Batu Lanchang.
Selain San Markan, 88, seorang kerani wanita, B J Chandra, 60, turut maut dalam kejadian yang berlaku kira-kira 12.14 tengah hari itu.
Iklan
Sementara itu, kakak Chandra, B J Sajni, 68, berkata, adiknya baru sembilan bulan bekerja di firma guaman terbabit selepas berhenti daripada berkhidmat di sebuah pejabat guaman di Aboo Siti Lane di sini susulan kematian majikannya.
"Adik saya seorang yang pendiam. Dia tinggal seorang diri tidak jauh dari rumah saya di Bayan Baru, hubungan kami sangat rapat, kami sentiasa berhubung dan kali terakhir berjumpa adalah pada minggu lepas apabila kakak sulung dari India pulang menziarahi kami berdua di sini," katanya.
Iklan
Sajni berkata, ketika kejadian, dia berada di sebuah kuil di Bayan Baru dan dia mendapat tahu kebakaran itu apabila menerima panggilan daripada seorang rakan, lalu terus bergegas ke lokasi.
"Sebaik tiba, bomba sedang memadamkan kebakaran … majikan adik saya sempat turun menggunakan tangga dengan bantuan jiran dan mereka maklumkan telah berusaha memanggil adik saya, tetapi tiada respons kerana asap terlalu tebal," katanya dan menambah urusan pengebumian Chandra akan diputuskan sebaik sahaja adik bongsu mereka tiba dari Amerika Syarikat esok.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Peguam Pulau Pinang, S Gowri berkata, San Markan dikenang sebagai tokoh berpengalaman, berhemah dalam memberikan nasihat dan berdedikasi tinggi terhadap profesion guaman selain aktif dalam amalan undang-undang sivil dan terus menyumbang sebagai perunding kepada beberapa firma selepas meninggalkan firmanya.
Beliau berkata, mendiang merupakan penyokong teguh institusi guaman yang sentiasa murah hati berkongsi ilmu dan bimbingan selain prihatin dan sering menyokong serta memberikan bantuan kepada rakan sejawatnya.
"Walaupun telah mengurangkan penglibatan aktif sebagai peguam, mendiang kekal menyumbang kepada komuniti guaman sebagai perunding dan terus membimbing peguam muda, pemergian beliau merupakan kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarga dan kenalan rapat, tetapi juga kepada seluruh komuniti guaman di Pulau Pinang.
"Badan Peguam Pulau Pinang kehilangan seorang peguam kanan dan penyokong setia dalam bidang guaman, malah sumbangan dan jasa beliau akan sentiasa dikenang,” katanya. - Bernama
Kegiatan itu terbongkar menerusi serbuan Ops Tiris 4.0 Bersepadu oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang terhadap tiga premis berasingan pada malam Selasa.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791731/edisi/utara/seleweng-minyak-peket-bersubsidi-proses-jadi-minyak-terpakai
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.