KLANG - Seorang wanita terpaksa meminta bantuan bomba bagi membantu mengeluarkan ibu jari kanan bayinya yang tersepit pada 'baby walker' dalam kejadian di Kampung Suara Kapar di sini pada Selasa.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 12.41 tengah hari sebelum empat anggota termasuk seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor dikejarkan ke lokasi.