WASHINGTON - Tentera Amerika Syarikat (AS) mula melaksanakan sekatan terhadap semua trafik maritim yang memasuki dan keluar daripada pelabuhan Iran pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Markas Pemerintahan Pusat AS (CENTCOM), yang bertanggungjawab bagi operasi ketenteraan di Asia Barat dan kawasan lain, pada Ahad menyatakan bahawa sekatan itu akan"dikuatkuasakan secara saksama terhadap kapal dari semua negara" yang memasuki atau meninggalkan pelabuhan Iran di Teluk dan Teluk Oman.