KUCHING - Kerajaan memberi jaminan bekalan diesel mencukupi, namun langkah penguatkuasaan akan terus diperkukuh bagi memastikan tiada ketirisan dalam rantaian bekalan, khususnya semasa situasi ketidaktentuan global ketika ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, terdapat beberapa gangguan terpencil dilaporkan namun ia berpunca daripada isu logistik seperti kelewatan penghantaran ke pelabuhan serta depoh dan bukan kekurangan bekalan.