PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) badan berkanun persekutuan untuk siasatan kes terima wang rasuah bagi kontrak pembinaan gelanggang skuasy daripada kontraktor pembinaan.
Menurut sumber, suspek telah ditahan kira-kira jam 7.20 petang, Isnin, di sebuah kompleks beli-belah di Bukit Jalil, Kuala Lumpur selepas menerima wang RM100,000 daripada kontraktor terbabit.