Dua individu dipercayai terperangkap dalam kebakaran pejabat guaman

Iklan
Anggota bomba sedang melakukan operasi pemadaman di lokasi kejadian.

GEORGE TOWN – Dua individu dipercayai terperangkap dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah kedai dua tingkat yang dijadikan pejabat guaman di Lebuh King, di sini, tengah hari Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.14 tengah hari itu, kebakaran melibatkan unit rumah kedai kelas A yang dijadikan sebagai pejabat guaman dengan anggaran keluasan 20 x 80 kaki persegi.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata,

Beliau berkata, kebakaran telah memusnahkan kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan struktur bangunan terbabit dan setakat ini operasi pemadaman masih belum dapat dikawal sepenuhnya.

Iklan

Ketika ini, operasi pemadaman masih dijalankan di lokasi kejadian.

AKAN MENYUSUL

Iklan