SHAH ALAM - Wanita yang menjadi mangsa penderaan kewangan selepas perkahwinan terlerai disarankan supaya berani memutuskan hubungan sebagai langkah penting untuk bangkit semula dan membina kehidupan lebih stabil.
Pakar Psikologi Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris, Profesor Madya Dr Fauziah Mohd Saad berkata, wanita perlu memahami bahawa apa yang berlaku adalah bentuk trauma berpanjangan dan bukan kelemahan diri.