BRUSSELS - Kesatuan Eropah pada Jumaat menegaskan bahawa keputusan terbaharu Israel untuk membina lebih 30 penempatan baharu di Tebing Barat yang diduduki adalah haram di bawah undang-undang antarabangsa dan sangat menjejaskan prospek keamanan serta penyelesaian dua negara, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Kesatuan Eropah, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jurucakap Kesatuan Eropah bagi Hal Ehwal Luar, Anouar El Anouni berkata, pihaknya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan unilateral Israel yang bertujuan meluaskan kehadirannya di Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur, dan menyatakan bahawa pendapat penasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada 19 Julai 2024 telah mengisytiharkan tindakan itu sebagai menyalahi undang-undang.