Kanak-kanak autisme hilang ditemui meninggal dunia

Iklan
Pasukan operasi kemudian bertindak memakai PPE lengkap sebelum turun ke dalam kolam bagi mengeluarkan mangsa. Gambar kecil: Mya Khadeeja Suraidi Foto Sinar Harian

JITRA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dilaporkan hilang dari kediamannya di Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Nagasari, Kepala Batas di sini pada pagi Jumaat ditemui meninggal dunia akibat lemas di sebuah kolam takungan pada hari sama.

Mangsa, Mya Khadeeja Suraidi yang merupakan anak autisme dilaporkan keluar dari rumah kira-kira jam 8 pagi sebelum kehilangannya disedari.

Iklan
Iklan

Difahamkan, kanak-kanak tersebut tidak boleh berkomunikasi dan mempunyai ciri kurang memberi tindak balas sosial menyukarkan usaha pencarian oleh ahli keluarga dan penduduk setempat.

Sebelum itu, waris mangsa telah membuat hebahan awam bagi mendapatkan bantuan orang ramai menjejaki kanak-kanak berkenaan dengan harapan mangsa dapat ditemui dalam keadaan selamat.

Iklan

Keluara mangsa turut berada di lokasi kejadian. Foto Sinar Harian

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jitra, Noor Azhar Tajudin berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kedah menerima panggilan kecemasan pada jam 4.26 petang memaklumkan terdapat kejadian lemas melibatkan seorang kanak-kanak di kawasan kolam takungan berhampiran lokasi kediaman mangsa.

Iklan

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan.

“Jentera pertama tiba di lokasi pada jam 4.39 petang dan mendapati terdapat seorang kanak-kanak perempuan terapung di permukaan air dalam kolam takungan tersebut.

“Pasukan operasi kemudian bertindak memakai peralatan perlindungan diri (PPE) lengkap sebelum turun ke dalam kolam bagi membawa mangsa ke tempat selamat,” katanya pada Jumaat.

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Foto Sinar Harian

Beliau berkata, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi yang melibatkan sembilan anggota bersama dua jentera itu tamat sepenuhnya pada jam 4.52 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim mengesahkan menerima laporan kehilangan mangsa pada sebelah pagi dan penemuan mayatnya masih dalam siasatan.