BAITULMAQDIS - Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis akhirnya dibuka pada Khamis selepas penutupan selama 40 hari oleh Israel yang menggunakan alasan Perang Iran bersama Amerika Syarikat (AS) dan Israel untuk mengenakan sekatan ketat tersebut.
Menurut Anadolu Ajansi (AA), pembukaan semula masjid ketiga paling suci orang Islam itu dilakukan pada waktu subuh dengan membenarkan ratusan penduduk Palestin memasuki pekarangan al-Aqsa (Haram al-Sharif) untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah.