Lapan rakyat Malaysia di India dilarang naiki penerbangan evakuasi

Iklan
Lapan rakyat Malaysia dilarang menaiki penerbangan evakuasi dari New Delhi kerana disyaki mengambil bahagian dalam perhimpunan agama di bandar itu bulan lalu. - Foto 123RF

NEW DELHI - Pihak berkuasa lapangan terbang India hari ini tidak membenarkan lapan rakyat Malaysia menaiki penerbangan evakuasi dari New Delhi kerana disyaki mengambil bahagian dalam perhimpunan agama di bandar itu bulan lalu.

Pada 2 April, seramai 960 warga asing termasuk rakyat Malaysia disenarai hitam Kementerian Dalam Negeri India kerana menyertai perhimpunan di Tablighi Jamaat.

Iklan
Iklan

Lapan rakyat Malaysia itu tinggal di beberapa kawasan berasingan di New Delhi dan mendaftar menaiki penerbangan evakuasi warga asing yang terkandas, kata seorang yang mengenali mereka kepada Bernama.

Polis New Delhi telah memindahkan puluhan rakyat Malaysia bersama warga asing lain dari ibu pejabat Tabligh yang juga dikenali sebagai Markas.

Iklan

Mereka kini ditempatkan di kemudahan kuarantin sementara untuk mengekang penularan koronavirus (Covid-19).

Ramai rakan dan keluarga mereka yang kembali ke Malaysia mendakwa pusat pengasingan itu tidak bersih dan kekurangan makanan serta perubatan sewajarnya. - Bernama

Iklan