KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan harga minyak di pam tidak turun disebabkan harga pam ditentukan berdasarkan purata harga minggu lepas, bukan hari ini, meskipun harga minyak mentah global turun.
Menurut infografik yang dimuatnaik di akaun X MOF, kementerian itu berkata bekalan semasa dibeli pada harga lebih tinggi dan masih mempengaruhi harga pam.