Amarah harga minyak mahal

Iklan
Hampir satu dunia orang marah apabila harga minyak naik selepas perang Amerika Syarikat (AS)-Israel dan Iran meletus.

BOLEH dikatakan hampir satu dunia orang marah apabila harga minyak naik selepas perang Amerika Syarikat (AS)-Israel dan Iran meletus.

Ramai yang marah dengan perbuatan Presiden AS, Donald Trump yang memang diketahui gila dan tidak habis-habis hendak menyusahkan orang.

Iklan
Iklan

Disebabkan keangkuhan Trump menyebabkan Iran bertindak balas dan menutup Selat Hormus yang menjadi gerbang utama perdagangan minyak ke seluruh dunia tersekat.

Selepas pandemik Covid-19 berlaku lima tahun lalu yang memberi kesan kepada penduduk dunia dan kini berlaku satu lagi krisis yang menjejaskan banyak orang.

Iklan

Ini sebenarnya adalah pengajaran penting kepada kita semua tentang betapa perlunya untuk kita kurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil.

Kalau ikut kajian pakar, bekalan minyak boleh tahan sampai 47 hingga 50 tahun lagi. Lagi banyak kita guna, lagi cepat ia akan habis, malah harganya juga terus meningkat.

Iklan

Disebabkan itulah banyak negara berlumba-lumba mencari alternatif lain untuk produk tenaga mereka seperti solar, hidrogen dan nuklear.

Di Malaysia kita bertuah kerana sebagai sebuah negara dalam garisan khatulistiwa dan ‘mewah’ dengan cahaya matahari, maka kita boleh guna solar, tetapi ia masih tidak cukup untuk jana elektrik.

Untuk ada fasiliti nuklear pula, kita bukan sahaja kekurangan tenaga pakar dalam bidang tersebut, tetapi masih ramai yang takut dengan risiko yang pernah berlaku di Fukushima, Jepun dan Chernobyl, Rusia.

Jadi, Merak Jalanan berpandangan, Malaysia sudah kena ada perancangan masa depan jika minyak bukan lagi sesuatu yang mampu untuk kita miliki pada masa akan datang.