KOTA KINABALU - Lebih 800 murid dan pelajar di Beaufort dan Sipitang terjejas akibat banjir yang melanda di dua daerah tersebut pada Isnin.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah, Datuk Raisin Saidin berkata, sebanyak empat sekolah dinaiki air iaitu tiga di Beaufort manakala sebuah lagi sekolah di Sipitang.