KOTA BHARU - Sebuah bilik darjah yang terletak di aras tiga di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Peir Chih di Jalan Long Yunus di sini terbakar pada Isnin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu, Timbalan Penguasa Bomba II Zuzuki Safei berkata, kejadian tersebut tidak melibatkan murid serta guru sekolah.