SHAH ALAM - Pasukan bola sepak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memulakan musim 2026 dengan penuh bergaya apabila menjuarai Kejohanan Thanh Nien International Student Football Tournament 2026 (THACO Cup), Vietnam, malam Ahad.
Dalam perlawanan akhir yang mendebarkan, UKM berjaya menewaskan tuan rumah, Thuy Loi University, yang juga merupakan juara bertahan edisi 2025, menerusi penentuan sepakan penalti 7-6 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa penuh dengan jaringan UKM disumbangkan oleh Afiq Norizan pada minit ke-25.