Kebakaran di kilang penapis minyak Rusia selepas serangan dron

Iklan
Kebakaran di loji penapisan minyak NORSI Rusia tercetus selepas satu serangan dron - Foto: Reuters

MOSCOW - Kebakaran tercetus di loji penapisan minyak NORSI Rusia, keempat terbesar di negara itu, selepas satu serangan dron, lapor Xinhua.

Menurut gabenor wilayah Nizhny Novgorod, Gleb Nikitin, pasukan pertahanan udara Rusia menangkis serangan 30 dron Ukraine ke atas zon perindustrian di daerah Kstovsky semalaman.

Iklan
Iklan

Serpihan daripada dron yang gugur itu merosakkan dua kemudahan kilang penapis minyak Lukoil-Nizhegorodnefteorgsintez (NORSI), menyebabkan kebakaran yang kemudiannya berjaya dikawal.

Serangan itu turut merosakkan loji jana kuasa haba dan beberapa bangunan kediaman.

Iklan
Iklan

Maklumat awal menunjukkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan, kata Nikitin. - Bernama