WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Sabtu kembali mengeluarkan retorik ugutan terhadap Iran dengan memberi tempoh 48 jam agar membuka semula Selat Hormuz atau berdepan akibat yang dahsyat.
Trump yang berulang kali membuat pusingan U sejak perang ganas itu meletus pada 28 Februari lalu telah menetapkan tarikh akhir baharu kepada Teheran setelah konflik tersebut yang berlarutan lebih sebulan tidak menunjukkan akan reda dalam masa terdekat.