Lima negeri dijangka alami ribut petir, hujan lebat

Iklan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri hingga 4 petang ini.

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri hingga 4 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan di Pahang kawasan yang terjejas ialah Bentong dan Rompin, Negeri Sembilan (Jelebu dan Kuala Pilah) serta Johor (Tangkak, Muar, Mersing dan Kota Tinggi).

Iklan
Iklan

Di Sarawak kawasan terlibat ialah Kuching (Bau dan Kuching), Serian (Serian), Samarahan (Samarahan dan Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Sarikei (Julau dan Meradong), Sibu, Mukah, Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) serta Bintulu (Tatau).

Cuaca itu juga diramalkan di Sabah melibatkan Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan). - Bernama 

Iklan

 

 

Iklan