TEHERAN - [DIKEMAS KINI] Sebuah universiti terkemuka di Teheran, sekali lagi menjadi sasaran dalam serangan udara terbaharu yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Institut penyelidikan perubatan dan bangunan makmal di Universiti Beheshti hampir musnah sepenuhnya dalam serangan yang berlaku awal Jumaat, lapor Agensi Berita Tasnim.