KUWAIT - Kementerian Elektrik, Air dan Tenaga Boleh Diperbaharui Kuwait mengumumkan pada pagi Jumaat bahawa satu daripada loji janakuasa dan penyahgaraman air telah diserang oleh Iran, lapor Agensi Berita Emirates (WAM), memetik media tempatan.
Agensi Berita Kuwait (KUNA) memetik jurucakap rasmi kementerian Fatima Hayat sebagai berkata, serangan itu berlaku pada waktu subuh Jumaat menyebabkan kerosakan material pada beberapa komponen loji berkenaan.