TUMPAT - Mangsa kebakaran rumah di Kampung Simpangan di sini yang melecur hampir 80 peratus meninggal dunia pada Khamis.
Sha'Adah Muhammad, 57, menghembuskan nafas terakhir semasa menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pada jam 5.30 petang selepas bertarung nyawa hampir 24 jam akibat kecederaan itu.