Inisiatif kerajaan Pahang perkasa pendidikan negeri buah hasil - Exco

Iklan
Fadzli Mohamad Kamal

KUANTAN - Inisiatif dan segala pendekatan berterusan Kerajaan Negeri Pahang dalam memperkasa sektor pendidikan negeri ini membuahkan hasil apabila muncul antara negeri terbaik dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 dengan pencapaian Gred Purata Negeri (GPN) 4.08 mata mengatasi purata kebangsaan 4.42 mata seperti yang diumumkan Selasa lalu.

Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri, Fadzli Mohamad Kamal berkata, lebih manis apabila Maahad Tahfiz Thurath Negeri Pahang menduduki tangga pertama sekolah terbaik SPM 2025 apabila semua pelajarnya memperoleh A dalam semua mata pelajaran.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pencapaian membanggakan itu sudah pasti didorong inisiatif dan pendekatan dilaksanakan kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

"Antaranya pemberian buku rujukan, sumbangan set alat tulis dan makanan tengah hari percuma kepada pelajar-pelajar SPM di negeri ini.

Iklan

"Segala inisiatif dilaksanakan itu sudah membuktikan impaknya dengan kejayaan membanggakan ini," katanya melalui ucapan ringkas yang dikongsi melalui platform media sosialnya.

Fadzli mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar-pelajar SPM 2025 yang cemerlang di negeri ini.

Iklan

"Tidak lupa para pendidik, warga Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan ibubapa atas sokongan berterusan.

"Semoga anak-anak Pahang terus mencatat kejayaaan gemilang pada masa depan," doanya.