WASHINGTON - Sebuah tandas duduk bersalut emas yang diberi julukan sebagai 'takhta' Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mencuri tumpuan ramai.
Simbol ejekan terhadap pemimpin Republikan itu yang dilengkapi dengan plak tertera 'Takhta yang sesuai untuk Raja' ditempatkan di kawasan berhampiran Rumah Putih di Washington.