'YAB PM, faham-fahamlah kenapa rakyat marah'- Hamzah Zainudin

Iklan
Hamzah menunjukkan harga petrol dan diesel.

SHAH ALAM- Rakyat mempunyai sebab untuk marah susulan kenaikan harga diesel yang mencatat paras tertinggi dalam sejarah.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, minggu lalu, harga diesel naik 80 sen dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta rakyat faham.

Iklan
Iklan

"Hari ini, naik lagi 50 sen kepada RM6.02, tertinggi dalam sejarah. Kenaikan ini menyebabkan kesan rantaian yang membebankan rakyat.

"YAB PM, faham-faham lah kenapa rakyat marah,"katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Iklan

Terdahulu, harga runcit bagi diesel di Semenanjung terus meningkat pada RM6.02 seliter bagi tempoh 2 hingga 8 April susulan krisis tenaga dunia yang berlanjutan.

Ia menyaksikan peningkatan sebanyak 50 sen berbanding tempoh sebelumnya, RM5.52 seliter.

Iklan

Kementerian Kewangan (MoF) menerusi kenyataan memaklumkan, krisis berkenaan telah mendorong lonjakan harga minyak mentah Brent global melebihi 40 peratus sehingga melepasi paras AS$100 setong.