[VIDEO] Kes dua lelaki bunuh rakan tangguh

Iklan

GEORGE TOWN - Dua lelaki Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Majistret 2 di sini di atas pertuduhan membunuh rakan senegara mereka di Gat Lebuh Macallum, di sini pada 9 Mac lalu.

Dua lelaki Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Majistret 2 di sini di atas pertuduhan membunuh rakan senegara mereka

Iklan
Iklan

Bagaimanapun pertuduhan tidak dibacakan terhadap tertuduh, Myat Thu Khaing dan Sein Win Aung berikutan kedua-duanya tidak memahami bahasa Melayu.

Myat Thu Khaing sebelum ini turut menghadapi pertuduhan melibatkan kes imigresen.

Iklan

Susulan daripada itu, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Marissa Safina Saiful Adli kemudiannya memohon perkhidmatan jurubahasa Myanmar pada prosiding akan datang bagi membolehkan pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Majistret Tunku Intan Nadiah Tunku Mohammed Nazarin kemudiannya menetapkan 23 April depan untuk kehadiran jurubahasa.

Iklan

Sebelum ini, mayat seorang lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemukan di kawasan lapang belakang sebuah pangsapuri di Gat Lebuh Macallum, di sini tengah malam 9 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, mangsa yang mengalami kecederaan di kepala ditemukan pada 12.05 tengah malam oleh anggota Balai Polis Jalan Patani yang sedang menjalankan rondaan cegah jenayah di kawasan tersebut.

Menurutnya, siasatan awal tidak menemukan sebarang dokumen pengenalan diri bersama mayat lelaki yang dipercayai warga asing berusia lingkungan 20-an itu.

Beliau berkata, bedah siasat oleh Jabatan Forensik Perubatan Hospital Pulau Pinang (HPP) mengesahkan punca kematian akibat kecederaan daripada hentakan objek keras dan tumpul pada bahagian kepala.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.