Amaran ribut petir, hujan lebat di tiga negeri

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda beberapa kawasan di Selangor, Negeri Sembilan dan Sarawak hingga jam 4 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam amaran yang dikeluarkan pada jam 1 tengah hari memaklumkan di Selangor, kawasan yang dijangka terjejas ialah Hulu Langat.

Iklan
Iklan

Bagi Negeri Sembilan amaran itu melibatkan daerah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau.

Sementara itu di Sarawak, kawasan terlibat merangkumi Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong serta Daro di Mukah. - Bernama

Iklan

 

 

Iklan