KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP), iaitu pemegang saham utama dalam IJM Corporation Bhd (IJM Corp) mengambil pendirian berkecuali daripada mengundi berhubung tawaran pengambilalihan IJM Corp oleh Sunway Bhd.
Mengikut maklumat yang dikongsi di laman webnya, bahagian Keputusan Undian KWSP pada Mesyuarat Pemegang Saham menyatakan bahawa keputusan undian bagi cadangan tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat untuk IJM Corp telah direkodkan sebagai ‘berkecuali’.