Jalan lama Empangan Tasik Timah Tasoh muncul

Iklan

PADANG BESAR - Jalan lama di Empangan Tasik Timah Tasoh, di sini, kembali muncul susulan penyusutan paras air akibat cuaca panas berpanjangan.

Laluan sepanjang kira-kira satu kilometer di Kampung Sahabat, Tasoh yang sebelum ini tenggelam selepas pembinaan empangan itu pernah menghubungkan Jalan Sahabat ke Batu 12, Kampung Tasoh.

Iklan
Iklan

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, setakat jam 4 petang tadi, Perlis berada pada Tahap 2 (Gelombang Haba) dengan suhu harian melebihi 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut. - Foto Bernama