Longgokan barangan kitar semula terbakar

Iklan
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran longgokan barangan kitar semula, pada Khamis.

SHAH ALAM - Barangan kitar semula di kawasan terbuka berkeluasan dua ekar berhampiran sebuah pusat memandu di Seksyen 36 di sini, terbakar pada Khamis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 1.24 tengah hari

Iklan
Iklan

"Seramai 31 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam serta bantuan BBP Klang Selatan, BBP Andalas, BBP Klang Utara dan BBP Bukit Jelutong bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 11 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Kebakaran melibatkan longgokkan barangan kitar semula di kawasan terbuka.
Iklan

Beliau berkata, setibanya di lokasi 12 minit kemudian, pihaknya mendapati kebakaran melibatkan longgokkan barangan kitar semula di kawasan terbuka.

Iklan

"Kerja-kerja pemadaman sedang dijalankan yang turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela Rantau Panjang," ujarnya.