Empat terbunuh dalam serangan AS terhadap bot di Caribbean

Iklan
Empat lelaki terbunuh dalam serangan tentera AS ke atas bot yang disyaki membawa penyeludup dadah di Caribbean - Foto: Agensi

WASHINGTON - Empat lelaki terbunuh pada Rabu dalam serangan tentera Amerika Syarikat (AS) ke atas bot yang disyaki membawa penyeludup dadah di Caribbean, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa), memetik tentera AS.

Menurut Komando Selatan AS (SOUTHCOM)"empat pengganas narkotik lelaki" terbunuh dalam"serangan kinetik maut" ke atas kapal yang didakwa AS"sedang transit di sepanjang laluan pengedaran narkotik yang diketahui di Caribbean dan terlibat dalam operasi pengedaran narkotik."

Iklan
Iklan

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Presiden AS, Donald Trump telah berulang kali mengarahkan serangan ke atas bot di Caribbean dan timur Pasifik sebagai usaha menghentikan penyeludupan dadah rentas sempadan.

Menurut pengkritik, serangan maut di perairan antarabangsa melanggar undang-undang antarabangsa.

Iklan

Angka rasmi menunjukkan lebih 130 orang telah terbunuh. - Bernama

 

Iklan