Layan ketum dalam kandang lembu

Iklan
Air ketum yang dirampas. Gambar kecil: Noorzainy

KEPALA BATAS - Tindakan enam lelaki di Kampung Permatang Sintok minum air ketum di dalam kandang lembu bagi mengelak dikesan pihak berkuasa hanya sia-sia selepas mereka ditahan dalam pemantauan Ops Covid-19 petang semalam.

Pemeriksaan yang dilakukan pada jam 6.30 petang oleh Pasukan Task Foce Ibu Pejabat Polis Daerah SPU selepas mendapati kumpulan lelaki berkenaan dalam keadaan mencurigakan di kandang lembu berkenaan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, soal siasat mendapati mereka gagal memberikan alasan munasabah berkumpul di kawasan itu.

"Pemeriksaan lanjut menemui tong ais yang berisi 48 bungkusan plastik serta empat botol minuman berisi cecair yang disyaki air ketum.

Iklan

"Mereka sanggup melepak sambil minum air ketum di dalam kandang lembu bagi mengelak ditahan polis akibat ingkar dengan Perintan Kawalan Peregerakan (PKP)

"Semakan turut mendapati seorang daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah. Ujian awal saringan air kencing mendapati kesemua mereka negatif dadah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Iklan

Katanya, polis akan terus melakukan rondaan dan pemantauan di sekitar daerah ini bagi memastikan semua penduduk mematuhi PKP.