PUTRAJAYA - Umat Islam dinasihatkan sentiasa menjaga batas agama dan maruah diri serta menjauhi perbuatan yang bercanggah dengan syarak seperti bertatu, yang tidak wajar dinormalisasikan dalam masyarakat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan menerusi kenyataan hari ini mengingatkan umat Islam agar tidak meniru perkara yang melanggar hukum syarak.