KUALA LUMPUR - Tiga daerah di Kedah kini merekodkan gelombang haba Tahap 2, manakala 16 lagi kawasan di seluruh Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 iaitu berjaga-jaga setakat pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kemas kini status cuaca panas setakat jam 6 pagi tadi memaklumkan, daerah yang terlibat bagi Tahap 2 di Kedah ialah Pokok Sena, Pendang dan Baling.