ISTANBUL - Sekurang-kurangnya 210 kanak-kanak maut manakala 1,510 yang lain cedera di Iran sejak bermulanya serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel, kata menteri kesihatan negara itu pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi.
Dalam kenyataan yang disiarkan agensi berita separa rasmi ISNA, Mohammad-Reza Zafarghandi berkata, kira-kira 300 pusat kesihatan, perubatan dan kecemasan turut mengalami kerosakan sejak 28 Februari lepas.