Iran dakwa tembak jatuh jet pejuang F-15 musuh

Iklan
Iran mendakwa pesawat perang itu dipintas di ruang udara pantai selatan negara berkenaan berhampiran Pulau Hormuz. - Gambar hiasan

ISTANBUL - Iran pada Ahad mendakwa sistem pertahanan udaranya menembak jatuh sebuah jet pejuang F-15 berhampiran Pulau Hormuz di selatan negara itu, lapor Anadolu Ajansi memetik agensi berita separa rasmi ISNA.

Memetik kenyataan Markas Pemerintah Pertahanan Udara Bersama Iran, pesawat perang itu dipintas di ruang udara pantai selatan negara itu berhampiran Pulau Hormuz.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, pesawat berkenaan sempat melancarkam peluru berpandu sebelum menjadi sasaran sistem pertahanan udara Iran.

Tiada pengesahan segera daripada sumber lain, dan tiada butiran lanjut diberikan mengenai nasib juruterbang atau serpihan bangkai pesawat itu.

Iklan

Ketegangan serantau terus memuncak sejak Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Februari lepas yang setakat ini mengorbankan lebih 1,300 orang, termasuk Pemimpin Agung ketika itu Ali Khamenei. - Bernama 

 

Iklan