Seorang kanak-kanak maut, beberapa lagi cedera dalam serangan udara AS-Israel di Iran

Iklan
Serangan udara AS dan Israel menyasarkan sebuah kompleks kediaman dan pelancongan di bandar Ahvaz, barat daya Iran pada Sabtu. Foto: Agensi

ISTANBUL - Seorang kanak-kanak maut manakala beberapa yang lain cedera dalam serangan udara Amerika Syarikat (AS) dan Israel yang menyasarkan sebuah kompleks kediaman dan pelancongan di bandar Ahvaz, barat daya Iran pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi yang memetik Agensi Berita Mehr.

Ahvaz merupakan ibu negeri bagi wilayah Khuzestan.

Iklan
Iklan

Menurut laporan itu, serangan berkenaan mengenai sebuah kompleks di bandar berkenaan, menyebabkan kerosakan dan mencederakan beberapa penduduk. Seorang kanak-kanak maut dalam serangan tersebut, tambah laporan itu. - Bernama-Anadolu