Abdul Hadi tak pernah minta jawatan dalam kerajaan: Takiyuddin
Iklan
Takiyuddin
SHAH ALAM - Pas berterima kasih dan menghargai kepercayaan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melantik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, perlantikan tersebut membolehkan Abdul Hadi turut membantu kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam mengharmonikan lagi hubungan diplomatik dan antarabangsa khususnya dengan negara-negara rantau tersebut.
Iklan
Iklan
Menurutnya, Abdul Hadi juga akan bekerjasama erat dengan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Wisma Putra.
"Pas dalam hal ini turut menafikan dakwaan bahawa tindakan Perdana Menteri melantik Presiden Pas sebagai suatu usaha memujuk dan memenangi hati ahli-ahli Pas.
Iklan
"Ini kerana Pas lebih-lebih lagi Presidennya tidak pernah meminta jawatan mahupun kedudukan dalam kerajaan, sebaliknya bersedia berkhidmat di mana jua demi menguatkan serta menjamin kestabilan kerajaan pimpinan Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Selain itu, Takiyuddin berkata, Pas akan melantik satu Jawatankuasa Penasihat berbentuk ‘Hisbah’ bagi memantau tugas dan menasihati anggota kerajaan daripada kalangan Pas agar mereka dapat menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan jujur dan terbaik.
Iklan
"Memandangkan Presiden Pas turut berada dalam kerajaan, mungkin jawatankuasa itu akan dilantik dari kalangan pimpinan Majlis Syura Ulamak Pas. Sebelum ini Pas mempunyai Jawatankuasa Penasihat Kerajaan Kelantan dan Terengganu yang dipengerusikan sendiri oleh Presiden Pas,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Pelantikan Abdul Hadi perkukuh hubungan diplomatik: Tuan Ibrahim
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Jangan risau Akmal, abang tahu anak muda Melaka mahukan siapa' - Zahid"><meta itemprop="description" content="Suara Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang menyatakan pendirian tidak akan bertanding sekiranya Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) mendapat perhatian Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid memberi jaminan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu tidak perlu khuatir mengenai strategi parti dalam menentukan hala tuju menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795110/berita/politik/jangan-risau-akmal-abang-tahu-anak-muda-melaka-mahukan-siapa---zahid
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #UMNo #PRNMelaka"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-06T12:28:11.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb4g916"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb4g916"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb4g916"></script>