Pantai Hospital rai 10 rumah anak yatim sempena Aidilfitri

Iklan
Sumbangan disalurkan melalui Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), ‘Bersama Memberi, Meraih Keberkatan’.

SUNGAI PETANI – Sebanyak 10 buah rumah anak yatim di Kedah terpilih menerima sumbangan lebih RM20,000 dari Pantai Hospital Sungai Petani menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR) ‘Bersama Memberi, Meraih Keberkatan’.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tio Bee Chan berkata, program itu melibatkan sumbangan kira-kira 1,000 kilogram beras (dan barangan asas) hasil keprihatinan para perunding perubatan hospital sebagai sokongan dalam menceriakan keluarga dan kanak-kanak kurang berkemampuan.

Iklan
Iklan

“Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan kami untuk bersama-sama berganding bahu membantu mereka yang memerlukan," katanya dalam kenyataan.

Lebih RM20,000 dikumpulkan bertujuan memberi sumbangan kepada golongan memerlukan.
Lebih RM20,000 dikumpulkan bertujuan memberi sumbangan kepada golongan memerlukan.

Iklan

Rumah anak yatim yang disantuni termasuk Rumah Anak Yatim Amal Solehah Pendang, Pertubuhan Rumah Anak Yatim Az Zahra, Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al Munirah, Pertubuhan Rumah Anak Yatim Daerah Kuala Muda, Anak-anak Yatim dan Miskin Al Taqwa Baling.

Selain itu, Rumah Anak Yatim Nur Hidayah Kampung Sadek, Pertubuhan Sentuhan Kasih Al Shafi, Rumah Anak Yatim Gemilang Kampung Banggol, Maahad Tahfiz Ahmadiah serta Badan Usaha Didikan Anak Yatim Negeri Kedah turut tersenarai sebagai penerima.

Iklan

Katanya, program berkenaan mencerminkan komitmen berterusan pihak hospital dalam menyumbang kepada kesejahteraan komuniti setempat.