Gangguan ruang udara, laluan pengangkutan di Asia Barat jejas bantuan dan perdagangan - PBB

Iklan
Pejabat UNOPS memberi amaran mengenai gangguan terhadap ruang udara dan laluan pengangkutan di Asia Barat yang kini menjejaskan operasi kemanusiaan serta rantaian bekalan perdagangan. Foto: Agensi

WASHINGTON - Pejabat Perkhidmatan Projek Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOPS) memberi amaran mengenai gangguan terhadap ruang udara dan laluan pengangkutan di Asia Barat yang kini menjejaskan operasi kemanusiaan serta rantaian bekalan perdagangan, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Gangguan itu mengancam penyaluran bantuan kepada mereka yang memerlukan, berisiko meningkatkan harga makanan serta menambah tekanan terhadap sistem kesihatan yang rapuh, menurutnya.

Iklan
Iklan

Dalam ucapannya pada mesyuarat tahunan Majlis Pelanggan UNOPS, Pengarah Eksekutif Jorge Moreira da Silva berkata, pejabat itu memberi tumpuan kepada usaha memperluas dan mempercepat pelaksanaan penyelesaian praktikal.

Beliau berkata, pasukan UNOPS terus berada di lapangan bagi menyediakan perkhidmatan membina semula dan memulihkan infrastruktur awam, memulihkan perkhidmatan asas serta menyokong komuniti yang terjejas akibat krisis.

Iklan
Iklan

Da Silva turut memaklumkan bahawa pasukan UNOPS terus menyediakan dan mengagihkan bahan api bagi tujuan kemanusiaan serta mengurus mekanisme PBB yang ditubuhkan oleh Majlis Keselamatan PBB untuk mempercepat dan memantau penghantaran bekalan kemanusiaan, menyokong akses bantuan serta melaksanakan operasi pembersihan periuk api. - Bernama-SPA