KUALA LUMPUR - Keadaan trafik dari Lembah Klang menghala ke Pantai Timur mulai sesak pagi ini susulan orang ramai mula pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, kesesakan berlaku dari Gombak ke Genting Sempah dan dari Bukit Tinggi ke Lentang.