Johari teruskan perbincangan ART dengan Washington

Iklan
Johari Foto fail Bernama

PUTRAJAYA - Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Johari Abdul Ghani dijangka mengadakan beberapa perbincangan dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung isu Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART).

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Johari telah memberi taklimat ringkas dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Iklan
Iklan

"Difahamkan beliau akan meneruskan beberapa perbincangan dengan Washington, DC," katanya pada sidang akhbar mingguan di sini pada Selasa.

ART yang dimeterai antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) pada Oktober tahun lalu tidak lagi terpakai berikutan keputusan Mahkamah Agung AS membatalkan sebahagian besar langkah tarif menyeluruh yang sebelum ini diperkenalkan oleh Presiden AS, Donald Trump.

Iklan

Bagaimanapun, setakat ini kerajaan belum menerima sebarang hitam putih daripada AS berhubung keputusan pembatalan perjanjian itu.

Buat masa ini, Malaysia hanya dikenakan tarif global sebanyak 10 peratus selepas Trump menggunakan Seksyen 122 di bawah Akta Perdagangan 1974 AS.

Iklan